Sunday, November 21, 2010

pyar?





cinta..adalah anugerah terindah...
ianya diciptakan Allah ke dalam hati2 manusia..
tanpa cinta dan kasihnya Allah,hamba-Nya ini pasti lalai dan jiwa sentiasa kacau.
tanpa cinta seorang Nabi Allah,Muhammad S.A.W,pasti umatnya kini kegelapan tanpa panduan..
tanpa cinta dan kasihnya seorang ibu,tidak sihat lah anak,hidup tanpa belaian kasih sayang..
tanpa rasa belas si bapa,kebuluran pasti melanda kerana kemalasan bapa mencari kerja..
tanpa ihsan dan kasih suami isteri,pincanglah kehidupan rumahtangga..







tanpa cinta,
tiada rase belas sesama manusia..
hidup ini sentiasa bergelora badai kerna tiada manusia mengenal erti memberi pertolongan..
kerna,pertolongan itu lahir dari erti cinta dan kasih sesama manusia..

tanpa cinta,usrah xmampu berjalan seperti biasa..
kawan dianggap lawan...
adik beradik bermusuhan..

namun ramai juga insan yang salah meletakkan cinta..
cinta apabila dicurahkan pada tempat yg salah,
akhirnya menzahirkan perbuatan yg keji..
dasarnya pasti nasihat dan belaian makhluk durjana,iaitu syaitan..
menjadi hamba kepada nafsu dan noda,
apabila itu menjadi kebiasaan lama kelamaan hati ditenggelami tanpa rasa bersalah..
pdahal banyak lagi cinta yang Allah halalkn..


akibatnya?
taman tasik bukan lagi tempat untuk rekreasi bersama keluarga,
kata2 manja lebih bermakna..
ibu bapa menjadi pilihan kedua..
sembahyang entah ke mana..
lahirnya insan tidak berdosa yg tidak berbapa..









aduhai..
insaf!~
kasihan melihat kanak2 ini..
mereka diciptakan Allah sempurna..
namun mengapa dibuang merata2..
sedangkan haiwan sayangkan anak mereka..







inilah akibat apabila nafsu diutamakan.
jalan cinta dipesongkan..

sedarlah..
kita dicipta hanyalah sebagai hamba..
untuk taat kepada-Nya..



2 comments: